“Silence is golden.”
Kita agak sukar untuk diam rupanya, dan seni diam ini ialah salah satu seni yang perlu kita belajar. Nabi ﷺ pernah menyebutkan hal ini kepada Abu Dzar, “kamu mesti mempunyai karakter yang baik, serta kemampuan untuk diam yang panjang – tuli as-samt.
Dalam banyak ruang, kita sentiasa memerlukan sesuatu untuk mengisi kesenyapan. Senyap ialah ruang yang sedikit janggal untuk kita lalu. Kita tidak mampu menghargai diam yang panjang. Dalam kereta misalnya, kita sentiasa perlu membuka lagu tanpa henti. Kita menjadi terikat dengan telefon pintar sepanjang masa, skrol media sosial, daripada satu kepada satu yang lain. Kita sentiasa mahu menjadi orang yang memberikan komentar di mana-mana posting atau isu. Kita sentiasa memerlukan ‘kebisingan’.
Tetapi menariknya, seni dan kemampuan untuk diam yang panjang menjadi salah satu hal yang selalu disebutkan oleh Nabi ﷺ, seorang yang paling mindful dengan tiap hal.
Dalam hadith yang lain, Nabi ﷺ menyebutkan sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, haruslah dia bercakap yang baik atau pun tetap diam.
Ia menuntut kita untuk memikir ulang setiap perkataan yang biasa kita keluarkan dalam perbualan. Ia juga membawa kita belajar untuk menghargai ruang yang senyap dan belajar merenungi diri sendiri, serta alam.
Dalam al-Quran, banyak ayat-ayat sumpah membawa kita merenungi alam.
Misalnya;
Ad-Dhuha – waktu awal pagi ketika terangnya semakin jelas
al-Fajr – ketika cahaya pagi membelah kegelapan
Al-layl iza saja – ketika malam menjadi beku dan terlalu sunyi
Al-’Asr – ketika masa bergerak dengan begitu pantas
Allah sangat selektif dengan setiap kalimah-Nya, dan Dia memilih pada untuk bersumpah dan bercerita tentang alam. Renungan dan refleksi memerlukan diri kita untuk belajar diam yang panjang, sesuai dengan nasihat Nabi ﷺ.
Diam yang panjang memerlukan latihan, dan ia adalah skil yang perlu ditekuni untuk menjadi bahagian daripada karakter kita, seperti yang disebutkan Abu al-Dhayyal, belajarlah untuk diam. Kata Abu al-Darda’, Diam ialah kebijaksanaan, namun sangat sedikit orang yang melaksanakannya. Kata Wahb ibn Munabbih pula, para doktor bersetuju bahawa puncak kepada semua perubatan ialah pemakanan, manakala para ahli hikmah bersetuju bahawa puncak kepada kebijaksanaan ialah kesenyapan.
ringkas dan padat 👍
Artikel yang membuka minda , allahu
appreciate if later boleh kongsikan cadangan untuk yang suka diam, tapi struggle untuk diam pada tempatnya. sebab ada masa perlu bersuara juga.. dan itu sukar.
sebelum bercakap berkira², masa bercakap either anxious or lost, lepas bercakap overthinking. penat 😂
jzkk in advance!