Tentang
Zikra.
Semuanya,
tentang
al-Quran.
Harapan saya kecil; setidak-tidaknya kita boleh termenung ketika membaca al-Quran. Refleksi kita makin dalam. Kefahaman kita makin kemas. Hati kita makin redup. Mula menjadi seronok untuk bangun setiap pagi, untuk belajar banyak hal baru dan merenungi semula apa yang kita lalu melalui al-Quran.
Imran Zaki
CEO Zikra.
Ada waktunya, yang kita perlukan hanyalah sedikit kesunyian. Sunyi daripada kerancakan maklumat yang berlegar hingga akhirnya kita tak lagi tahu apa yang kita cari dalam hidup.
Dan saya fikir itu lah falsafah di sebalik kalimah zikra. Sebuah seruan yang tidak terbatas untuk kita mengingati Tuhan, tetapi juga ajakan untuk kita mencari ruang bersendiri, termenung dan berfikir tentang hal-hal random yang berlegar di sekitar kita.
Mudah-mudahan Zikra mampu tawarkan sebuah ruang untuk kita bersama beruzlah, membina kekuatan dalaman untuk berdepan dengan pergelutan kehidupan.
Fakhrul Islam
Speaker Zikra.
Sedikit tulisan:
Terkadang, bukan manusia yang tidak berminat dengan agama. Sudah tentu, al-Quran cukup indah. Sudah pasti, hadith itu manis sekali. Tetapi bagaimana kita ‘mengahwinkan’ ilmu agama dengan petak kehidupan manusia yang lompong. Di sini, Zikra mengisi ruang harapan dan nurani. Agar hidup tidak lagi hanya tentang ya atau tidak. Hidup beragama itu menjadi warna warni yang dinikmati bersama.
Muzuza
Speaker Zikra
Melalui lensa psikologi dan kaunseling, saya percaya di sebalik setiap emosi itu ada cerita yang tersimpan, dan pada setiap pergelutan ada harapan yang masih tersisa. Harapan saya agar setiap perkongsian di Zikra dapat sekurang-kurangnya membantu kita untuk menjadi lebih jujur dengan apa yang kita rasa, dan berdamai dengan sebuah ketentuan.
Syakir Azhari
Speaker Zikra.
Di sini, di Zikra — terambil dari kata “zikr” yang bermaksud “peringatan” dan “kesedaran” (mindfulness), semuanya tentang al-Quran. Acara, kelas, seminar, konten; semuanya tentang
al-Quran. Dengan izin Allah, Zikra akan membawa visi yang terangkum dari kata “zikr” itu sendiri. Membina komuniti yang lebih “mindful”, lebih akrab dengan al-Quran dan maknanya, lebih “tenang hatinya”
Hafizul Faiz
Penasihat Zikra.
Al-Quran menuntut perjalanan yang panjang. Ia menjadi satu-satu jalan yang menenangkan, dalam dunia yang terlalu sesak. Ikuti Zikra, menjadi sebahagian daripada komuniti tadabbur al-Quran.
Apa yang anda dapat sebagai ahli Zikra Circle?